Drama Nora Elena ni adalah adaptasi dari sebuah novel berjudul Kasih Yang Suci, karya Meen Zulaikha dan diterbitkan oleh Karangkraf. Penulis skrip Drama Nora Elena ini adalah Maizura Mohd Ideris dan manakala Pengarahnya ialah Jet Li. Jet Li?? Nama samaran…bukanlah Jet Li yang sedang dalam pemikiran korang tuuu..
Antara Pelakon yang membintangi Drama Nora Elena ini ialah Siti Saleha sebagai Nora Elena, Aaron Aziz sebagai Seth Tan, Wan Sharmila sebagai Yvonne, Miera Liyana sebagai Maria Tan, Ery Putra, Zul Ariffin sebagai Eid, Fateen sebagai Adila, Ana Dahlia sebagai Azira serta ramai lagi.
Sinopsis Nora Elena Slot Akasia TV3
Nora Elena (Siti Saleha) ialah kisah seorang wanita yang telah diperkosa semasa dia berusia 15 tahun. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin). Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz).
Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan. Seth Tan pula menawarkan dirinya menjadi Pak Sanggup menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk.
No comments:
Post a Comment